Kenapa aplikasi UITMPPMS (SPA/PWA) tak ada butang “Update” seperti aplikasi di Play Store atau Apple Store?
UITMPPMS adalah Progressive Web App (PWA), bukan aplikasi dari Play Store/App Store.
Bagaimana ia berfungsi?
Ia tidak melalui Play Store atau Apple Store
PWA buka melalui browser (Chrome, Safari, Edge) – bukan dipasang dari kedai aplikasi.
Update Automatik: Perubahan berlaku di server.
Bila kami buat perubahan atau tambah fungsi baru, sebenarnya versi terbaru sudah pun sedia dalam server.
Cuma… browser kadang-kadang simpan versi lama dalam cache, jadi update tak muncul serta-merta di telefon pengguna.
Isu Cache: Browser mungkin simpan versi lama buat sementara.
Disebabkan PWA simpan fail di dalam browser, cara untuk memaksa update ialah: Clear cache
Clear site settings
Selepas itu, PWA akan memuat turun versi terkini secara automatik.
Ringkasnya:
Aplikasi PWA sentiasa ada versi terbaru, cuma kadang-kadang browser masih menyimpan versi lama.
PWA tak perlukan update manual macam aplikasi biasa, tapi perlu “bersihkan cache” bila ada perubahan besar.